Ramai dari kita sebenarnya jahil tentang peristiwa memali. Memali yang tersebar kat internet neh ada dua version.
Version pertama : Korban memali adalah puak ajaran sesat (versi kerajaan)
Version kedua : Korban memali adalah pejuang islam (versi rakyat dan PAS)
Artikel ini bertujuan untuk menyingkap perkara yang sebenar tentang peristiwa memali yang berlaku pada tahun 1985 yang mana ramai di antara kita pada masa itu belum lahir ke dunia ini lagi.
Apa itu peristiwa memali pada kaca mata masyarakat khusus nya penduduk di kampung memali, baling, kedah?
Peristiwa memali ialah pembunuhan kejam yang melibatkan kematian 14 penduduk dan berpuluh-puluh yang lain cedera ringan, parah, ada juga yang di tahan terus ke dalam penjara dan di masukkan ke dalam ISA. Korban memali termasuk ulama dan pendakwah tersohor pada ketika itu yang juga ahli pas, iaitu Ustaz Ibrahim libya.
Siapakah Ibrahim libya?
Nama sebenar Ibrahim libya ialah Ibrahim Mahmud. Ibrahim libya adalah ulama tempatan yang pada ketika itu aktif menjalankan kerja-kerja dakwah. Sebelum terlibat secara aktif menjalankan kerja-kerja dakwah, arwah pernah berkhidmat di kerajaan untuk beberapa tahun. Pada tahun 1978, arwah menyertai PAS dan semenjak itu bergiat secara aktif melalui pentas-pentas ceramah. Ceramah-ceramah ustaz ibrahim libya pada ketika itu sering mendapat perhatian yang sangat luar biasa. Dan atas sebab itulah pada tahun 1984, kerajaan mula bertindak untuk menyekat pengaruh ustaz ibrahim libya.
Ibrahim libya mendapat pendidikan awal di beberapa buah madrasah di sekitar pulau pinang. Kemudian nya arwah melanjutkan pengajian dalam bidang agama di india dan di libya sebelum kembali berkhidmat di tanah air. Ketika arwah berkhidmat dalam kerajaan, bakat berdakwah sememangnya terserlah dalam diri arwah. Mungkin kerana keterbatasan untuk menyebarkan fahaman islam, yang memaksa arwah kemudian nya berhenti kerja sebelum meneruskan dakwah di kedutaan libya. Dari situ, arwah akhirnya secara aktif terlibat dalam PAS untuk menyebarkan syiar dakwah islamiah di seluruh negara.
Penglibatan arwah dalam bidang dakwah dikatakan mendapat sokongan yang padu daripada keluarga arwah sendiri. Di bawah ini adalah gambar keluarga ustaz ibrahim libya.
Sebenarnya ada 3 sejarah penting yang pernah tercatat di baling, kedah.
1. Rundingan damai komunis chin peng - Tunku Abdul Rahman.
2. Pemberontakan mogok lapar oleh DSAI pada tahun 1974.
3. Peristiwa berdarah memali 1985.
Peristiwa memali tercetus kerana prasangka keterlaluan kerajaan terhadap penduduk memali yang beria-ria mempertahankan ustaz ibrahim libya pada ketika itu. Di bawah ini adalah rentetan kepada perkara-perkara yang membawa kepada tragedi berdarah memali 1985.
1. Ustaz ibrahim libya berjaya meluaskan pengaruh dakwah islamiah pada ketika itu melalui pentas2 ceramah PAS.
2. Ajaran dakwah PAS menerangkan islam yang sebenarnya kepada penduduk di kawasan sekitar menakutkan kerajaan, kerana jika islam tulen terdedah, maka kepincangan dan kelemahan pentadbiran mereka akan terbongkar. Sebagai seorang muslim yang sejati, sudah tentulah kita mengutamakan sistem pemerintahan islam dan bukan nya sekular. Ini ditakuti oleh kerajaan.
3. Pengaruh yang besar oleh ustaz ibrahim libya adalah melebihi dari apa yang DSAI alami kini. Memang ramai penyokong2 DSAI sanggup masuk penjara demi DSAI, tetapi di memali, ramai yang sanggup mati demi mempertahankan pendirian ustaz ibrahim libya.
4. Jika ibrahim libya di biarkan berceramah seperti biasa, yakni, sejarah baru akan tercatit di malaysia iaitu ibrahim libya adalah ulama pertama bergelar perdana menteri malaysia.
5. Oleh itu, pelbagai alasan demi alasan timbul bagi menyekat kemaraan dan pengaruh ustaz ibrahim libya.
6. Antara alasan2 tersebut ialah menuduh PAS dan ibrahim libya sebagai pengamal ajaran sesat. Baca sini.
7. Ibrahim libya kali pertama di kepung untuk di tahan di bawah ISA ialah pada tahun 1984. Pada pukul 2 pagi, 2 september 1984 seramai hampir 100 polis berkepung di kawasan berhampiran kampung memali untuk menahan ustaz ibrahim libya, tetapi menemui kegagalan kerana dihalang oleh penduduk kampung pada ketika itu. Situasi ini seolah-olah ulang tayang kejadian ketika DSAI kali pertama cuba ditahan oleh polis pada tahun 1999.
8. Meskipun gagal menahan ustaz ibrahim libya di bawah ISA pada ketika itu, dipercayai pihak polis berjaya menahan beberapa orang ini di bawah akta ISA, iaitu ustaz abu bakar chik, haji mat sabu dan suhami shaib.
9. Memali pada ketika dulu dipercayai langsung tidak mempedulikan hal-ehwal agama, sama seperti di kuala lumpur kini (as contoh). Namun semenjak pengaruh dakwah ustaz ibrahim libya berkembang, penduduk memali pada ketika itu dikatakan hampir 100% adalah ahli pas dan kembali mengamalkan ajaran islam yang sebenarnya. (Bukan semua penduduk memali mengabaikan islam ya)
10. Selepas ibrahim libya gagal ditahan di bawah ISA pada cubaan polis kali pertama, anak murid ustaz bersepakat mahu melindungi ustaz dengan menyembunyikan ustaz di satu kawasan yang selamat.
11. Namun setelah bersembunyi untuk suatu tempoh, satu kesepakatan telah dibuat untuk mengembalikan ustaz libya di memali, kerana memikirkan apalah erti ilmu jika tidak disampaikan kepada generasi baru?
12. Madrasah memali kembali dihidupkan dan kuliah subuh kembali rancak, dalam pada itu, kuliah mahgrib dalam perancangan seterusnya. Meskipun demikian, mereka masih berjaga-jaga supaya ustaz tidak ditangkap pihak polis. Lebih kurang 5-7 orang secara bergilir-gilir dan sukarela menjaga keselamatan ustaz ibrahim libya.
13. Sebenarnya selepas percubaan untuk menangkap ustaz ibrahim libya gagal pada kali pertama, pihak polis pernah beberapa kali membuat rundingan dengan penduduk memali agar menyerahkan ustaz ibrahim libya kepada pihak yang berkuasa. Tetapi pengikut ustaz dan ustaz sendiri enggan menyerah diri kepada akta zalim ISA iaitu menahan seseorang tanpa dibicarakan seadil-adilnya.
14. Dalam pada itu media yang dikuasai oleh kerajaan agak rancak memainkan 'api-api' memburukan ustaz dan pengikut2 ustaz ibrahim libya (baca sebagai PAS).
15. Terdapat juga beberapa tuduhan liar konon nya memali menjadi sarang penjenayah islam ektremis. Dan sarang penganas dan ajaran sesat.
16. Kali terakhir sebelum percubaan polis untuk menangkap ustaz ibrahim gagal, pihak polis sekali lagi menyebarkan berita bahawa ustaz ibrahim libya mempunyai senjata dan ini disyaki akan menjadi ancaman kepada negara.
17. Oleh kerana itu, salah seorang anak murid ustaz pergi ke balai polis dan menyerahkan semua senjata2 yang konon nya didakwa oleh polis akan membahayakan keselamatan penduduk kampung.
18. Namun sayangnya, buat baik memang takan dibalas baik oleh sesetengah manusia.
19. Pada tarikh 19 november 1985, pihak polis, FRU, dan UTK seramai 4,000 orang mengepung rumah ustaz ibrahim libya. (Hey.. ini macam US dan israel yang mahu tangkap osama bin laden lah!)
20. Peristiwa bermula seawal jam 8 pagi. Dua buah kereta perisai (Hey, sejak bila kereta perisai digunakan untuk tangkap rakyat malaysia? Bukan kah kereta perisai digunakan untuk berperang meh?) dikatakan telah mengepung kawasan keluar masuk bagi menghalang sebarang bantuan keluar-masuk dari kawasan sekitar.
21. Rundingan antara penduduk kampung memali (yang membela ustaz ibrahim libya habis-habisan dan polis bermula, namun menemui jalan buntu setelah ustaz ibrahim libya dengan tegas tidak akan tunduk sedikitpun terhadap akta yang kejam lagi zalim iaitu ISA.
22. Rundingan tersebut gagal. Gas pemedih mata di tembak ke arah rumah ustaz ibrahim libya (Hey, sejak bila gas pemedih mata digunakan untuk membuli orang2 kampung yang lemah neh?)
23. Lebih kurang 160 orang berkumpul di kawasan rumah ustaz ibrahim libya pada ketika itu. Ustaz sebelum itu telah berpesan kepada pengikut2nya bahawa biarlah kita duduk diam jangan sesekali menyerang balas. Biarlah kita diserang. Pihak polis (ya, sebut betul2 pihak polis, bukan pihak penjenayah ya, yang tembak gas pemedih mata neh ke arah rakyat yang lemah) menembak gas pemedih mata. Ketika itu salah satu tiub yang digunakan untuk menyembur rakyat telah terkena mata salah seorang penduduk kampung. Pada ketika itu juga, terdapat seorang kanak-kanak yang berusia 10 tahun. (Ya, baca betul2, 10 tahun punya budak, apa polis buat? tembak dengan gas pemedih mata, masih ingat arwah aminul rashid? inilah dia polis kita) Kanak2 yang berusia 10 tahun ini, pengsan akibat terhidu gas pemedih mata yang sangat banyak.
24. Terdapat seorang individu yang ternampak kanak2 ini pengsan. Nama arwah ialah cikgu shafie abdullah. Cikgu tersebut menyangka kanak2 tersebut telah mati. Dan dia berasa marah kepada pihak polis membunuh kanak2 ini. Oleh itu, dia keluar dari kawasan dan meluru ke arah pihak polis sambil membawa parang. Manakala beberapa individu yang lain mengekori cikgu terbabit untuk menghalang tindakan guru terbabit.
25. Tahu apa pihak polis buat bila nampak aksi macam tue? Tak agak, mereka terus tembak. Tembak cikgu yang tak berdosa tue. OoOoo adakah cikgu tersebut penyamun kerana membawa parang bahawa pihak polis?? (Bukan nak tanya kan, amaran ke warning ke, bang.. terus tembak!)
26. Peristiwa ini tercetus, kerana polis menembak mati rakan mereka di hadapan mereka. Oleh itu, bermulala kejadian berbalas tembakan. Memang selepas menembak mati cikgu shafie, pihak polis ada membuat pengumuman agar ustaz menyerah diri tetapi, kalau kita menjadi mereka, kita pun takan sewenang-wenangnya menyerah diri kepada orang yang baru sahaja membunuh rakan kita.
27. Mereka yang berada di dalam rumah, kebanyakkan mulai lemah kerana terhidu gas beracun berjam-jam lama nya. Akhirnya pertempuran ini menyaksikan bahawa ustaz ibrahim libya gugur, bersama 13 rakan nya yang lain. Manakala berpuluh-puluh yang lain cedera ringan ataupun parah.
28. Pihak polis tidak mengalami apa2 kecederaan yang membawa maut, tetapi anak musa hitam meninggal selepas peristiwa tersebut.
29. Musa hitam dan mahathir menafikan mereka terlibat dalam serangan memali. Hanya Allah swt yang lebih tahu.
30. Balu ibrahim libya dikatakan telah dipenjarakan dan terpisah dengan anak2 untuk beberapa tempoh sebelum di bebaskan. Di maklumkan juga terdapat fatwa yang dikeluarkan oleh mereka yang arif (juga berkerja sebagai kakitangan kerajaan) yang mengatakan para pejuang memali adalah shahid, tetapi mereka yang terlibat dalam fatwa terbabit telah diberhentikan kerja dan fatwa tersebut dihapuskan oleh kerajaan.
31. Ayah, adik dan abg ipar ibrahim libya juga ditahan di bawah ISA dan dipaksa untuk membuat pengakuan palsu. Setelah dibebaskan daripada tahanan ISA, mereka bergiat aktif dalam ceramah2 PAS untuk menerangkan kepada umum, bagaimana mereka disiksa dan dipaksa untuk membuat pengakuan palsu bagi memburukkan ustaz ibrahim libya.
32. Dalam Alquran tiada ISA. Maka siapalah kerajaan untuk membuat undang2 ISA neh? Siapa mereka yang kita kena tunduk lebih2 sangat berbanding Allah swt? Ibrahim libya menentang ISA sehingga ke nyawa nya terkorban. Bukan hanya nyawa nya, malahan 13 nyawa yang lain turut terkorban.
33. Saya percaya, ramai anak2 memali lahir di sana tahu benar, apa yang benar apa yang palsu. Menghina para pejuang memali bererti menghina mereka. Oleh itu saya nasihatkan kepada pembaca, jika anda membuat niat untuk menghina mereka2 yang terkorban ini, maka jangan sesekali meletakkan komen anda di sini.
34. Terdapat beberapa pengakuan daripada pihak polis yang terlibat, yang mengatakan menyesal, sedih dan tergaman dengan apa yang berlaku di memali. Ada di antara mereka yang terang-terangan menyalahkan arahan dari kerajaan.
35. Pampasan sebanyak rm20,000 dibayar kepada setiap anggota keluarga yang terbunuh dalam peristiwa memali. Ahli keluarga yang cedera ringan, parah, dipenjara ataupun di tahan ISA tidak menerima apa2 pampasan. Namun, apalah erti pampasan bagi mereka yang telah kehilangan orang tersayang buat selama nya ataupun untuk bertahun2 lama nya (ISA) ?
Jelas, bayaran pampasan ini sahaja membuktikan bahawa sememangnya kerajaan bersalah dalam peristiwa ini. Jika tidak, masakan mereka membayar pampasan kepada ahli keluarga mangsa? Saya nasihatkan anda menonton video memali yang telah saya sertakan di bawah ini. Video tersebut konon nya mendedahkana bahawa pihak polis juga terasa dipergunakan untuk menyerang penduduk memali. (konon nya polis diberikan arahan bahawa mereka sepatutnya membunuh komunis).
Kenapa di malaysia ini, kita mencipta sejarah membunuh ulama yang tersohor? Adakah kita kategori kaum2 yahudi yang seringkali membelakangkan rasul2 mereka? Ataupun lebih teruk dari itu? Umat islam membunuh umat islam yang lain atas nama kuasa politik! Ini sudah keterlaluan! Ini sudah melampau! Membunuh seorang ulama yang menyebarkan ajaran islam.. yang setiap pagi nya dihabiskan untuk mengajar kuliah subuh, mendirikan madrasah untuk menyebarkan dakwah islamiah di kawasan sekitar.. ancaman apa mereka ini kepada kerajaan? Adakah menyebarkan islam itu satu ancaman di malaysia? Jika itu satu ancaman.. maka bersedialah dengan ancaman yang lebih besar dari anak2 muda malaysia muslim pada masa akan datang... Ini kerana kami sesungguhnya akan meneruskan legasi perjuangan ustaz ibrahim libya.
Link mesti baca ;
Sejarah memali I
Sejarah memali II
Wiki Memali
Pembunuh Memali
Bekas pejuang memali : tragedi berdarah memali
Youtube Memali
Video memali
Kronologi memali
Sekarang neh kita kena buat satu memorandum untuk membicarakan kes memali secara terbuka, adil dan telus melalui sistem kehakiman negara kita. Apa yang kita perlu buat untuk highlightkan kes2 seumpama ini adalah nyawa.. rakyat malaysia tidak akan bangkit selagi tiada nyawa yang terkorban. Satu nyawa tidak mencukupi. Kita perlukan banyak nyawa, oleh itu saya berazam mahu berdoa agar penyokong2 barisan nasional khusus nya umno meninggal, mati dan etc angkara perbuatan pemimpin2 mereka yang zalim dan rakus, selepas itu saya akan bersama2 mereka menuntut keadilan. Perlu penyokong2 umno untuk sengsara kerana selagi mereka tidak kenal erti sengsara maka selagi itulah mereka tidak akan berubah dan memperjuangkan islam.
apa nak jd...dunia dah nak berakhir......
sumber:- http://amenoworld.blogspot.com/
0 comments:
Post a Comment